Sunday 23 December 2012

Aku Sudah Jatuh Cinta

Setelah sekian kalinya, baru tergerak hendakku coretkan serba sedikit sebagai permulaannya "dunia baruku ini"...

Menggendong Bayi ataupun 'Babywearer' itulah dunia baruku. Mula-mula jatuh cinta setelah kelahiran puteri keduaku. Setelah kelahiran, mulalah misi untuk mencari gajet bayi yang berada di pasaran, kemudian aku berkenalan dengan MOBY Warp. Sebelum membeli, aku memcari lebih info mengenai MOBY. Moby Wrap adalah sejenis kain 'stretchy' dan memang sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga ke 6 bulan. Fabrik ini tidak sesuai untuk bayi yang lebih besar. Kerana kain jenis ini akan melendut berikutan dengan berat badan bayi, dan akan memberi tekanan kepada bahagian bahu pemakainya. Ternyata pada waktu itu Moby tidak sesuai dengan aku. Maka dengan itu aku meneruskan misi pencarian seterusnya. Kemudian aku ketemu pula dengan 'wrap' dari jenis 'woven' atau pun Kain Pembalut Tenun. Fabrik ini lebih sesuai untuk bayi yang lebih besar dan juga sesuai untuk jenis ikatan kebelakang badan (back carry).

Kenapa 'Wrap'
Pada fikiran orang, kenapa bersusah payah untuk melilit badan dengan kain yang panjang semata-mata untuk menggendong bayi. Jawapan saya mudah. saya memerlukan sejenis penggendong yang 'versatile'dan bagi saya kain penggendong ini juga adalah SENI. SENI pada tenunannya, SENI pada warnanya, SENI pada coraknya dan paling penting adalah SENI pada cara ikatannya.


No comments:

Post a Comment